Wednesday 26 February 2014

THE BEST THING IN SELAWAT

بسم الله الرحمن الرحيم

"Bila Nabi ﷺ dipanggil,dipusingkan badannya sekali untuk memberi perhatian dengan orang yang memanggilnya"




1) PENGHAPUS/PENEBUS DOSA

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Barangsiapa berselawat untukku sekali, maka tidak ada baginya dosa walupun sebesar zarah atau biji sawi."

Dari Hasan bin Ali bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Perbanyakkanlah olehmu sekalian membaca selawat untukku kerana sesungguhya bacaan selawatmu menyebabkan keampunan terhadap dosa-dosamu & mintalah kepadaku akan wasilah (perantara) & darjat yang tinggi, kerana perantaraanku di sisi Tuhanku itu menjadi syafaat bagi kamu sekalian."

Anas bin Malik r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Barangsiapa membaca selawat untukku, maka Allah memberikan kepadanya 10 selawat. Dihapuskan daripadanya 10 dosa serta diangkat 10 darjat."

Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat sebanyak 80 kali, maka diampuni Allah segala dosanya selama 80 tahun."


2) TIDAK MERASA KEBINGUNGAN PADA HARI KIAMAT

Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali pada waktu pagi & 10 kali pada waktu petang maka Allah akan mengamankannya daripada kejutan yang maha besar pada hari kiamat & adalah dia akan berada bersama-sama dengan para nabi & para siddiqin."

Diriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa di berkata, Nabi s.a.w bersabda di kelompok para sahabat:
"Sesungguhnya di antara umatku nanti ada beberapa kaum yang Allah berfirman kepada mereka pada hari kiamat dengan firman-Nya;
"Hai para hamba-Ku! Masuklah kamu sekalian ke dalam syurga".
Maka mereka bingung & tercengang di padang yang luas (Padang Mahsyar) pada hari kiamat terhadap seruan Allah itu untuk masuk ke syurga.
Baginda ditanya oleh para sahabat,

"Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab,
"Mereka adalah orang-orang yang bila namaku disebut di hadapannya tetapi mereka tidak mahu membaca selawat untukku oleh sebab lupa & lalai."


3) DAPAT DUDUK BERHAMPIRAN DENGAN RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang paling utama bersamaku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak membaca selawat untukku."




4) MENYEBABKAN DOA DIMAKBULKAN ALLAH SWT

Kata Fadalah bin Ubaid:
Nabi s.a.w mendengar seorang lelaki berdoa di dalam solatnya tanpa membaca selawat untuk Nabi s.a.w., maka Nabi s.a.w bersabda kepadanya & kepada yang lain-lain:
"Apabila seseorang di antara kamu mengerjakan solatnya hendaklah dia memulai dengan memuji Allah & menyanjung-Nya, kemudian membaca selawat untuk Nabi s.a.w kemudian berdoa sesudah itu sekehendak hatinya."

Dari Anas bin Malik r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
"Tiada doa seseorang kecuali di antara doa itu & langit terdapat satu pendinding/penghalang (hijab) sehingga dibacakan selawat untuk Nabi s.a.w. Apabila telah dibacakan selawat maka terbukalah/pecahlah pendinding itu & masuklah doa itu (naik ke langit & dimakbulkan Allah). Sebaliknya jika tidak membaca selawat untuk Nabi s.a.w, maka kembalilah doa itu kepada tuannya iaitu orang yang berdoa (doa itu tidak diterima Allah)."


5) MEMPEROLEHI PAHALA SEPERTI PAHALA MEMERDEKAKAN HAMBA
Diriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda:
"Barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali maka seakan-akan dia telah memerdekakan seorang hamba sahaya."


6) MENGHASILKAN SYAFAAT ATAU PERTOLONGAN RASULULLAH S.A.W


  • Syafa'atul 'Udzma (syafaat yang besar)

Hanya dimiliki & dapat diberi oleh Rasulullah s.a.w sahaja kepada seseorang yang memerlukan syafaat daripada baginda. Dari Ubay bin Ka'ab r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Jika hari kiamat telah tiba, maka akulah yang menjadi imam para nabi, juru khutbah mereka & aku sahajalah yang memiliki syafa'at 'Udzma; hal yang demikian ini tidak bermakna yang aku hendak bermegah-megah."
(Hadis Riwayat Imam Abu Dawud)


  • Syafa'atul Sughra

Dikurniakan Allah kepada hamba-Nya yang selain dari Rasulullah s.a.w sendiri. Sabda Nabi s.a.w:
"3 macam orang yang dapat memberikan syafaat pada hari kiamat ialah para nabi, para ulama & para syuhada."
Abu Darda' meriwayatkan bahwa Nabi s.a.w bersabda,
"Orang yang mati syahid itu dapat memberikan syafaat kepada 70 orang dari kalangan keluarganya."

Dari Jabir bin Abdullah berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang mendengar azan membaca,
"Ya Allah Tuhan Pemilik seruan yang sempurna ini & pemilik solat yang tegak berdiri, berikanlah kepada Nabi s.a.w  akan perantaraan & keutamaan serta darjat yang tinggi & angkatlah dia pada kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak pernah memungkiri janji."
Maka seharusnyalah dia mendapat syafaatku pada hari kiamat.


7) MENGHASILKAN KEBAJIKAN & MENDAPAT PENGHORMATAN DARI NABI S.A.W

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w sedang duduk di masjid. Maka masuklah seorang lelaki muda & baginda pun memuliakannya serta mempersilakan duduk di dekat baginda di atas tempat duduk Abu Bakar r.a sambil baginda memberikan alasan kepada Abu Bakar r.a dengan sabdanya,
"Hai Abu Bakar, aku memberikan tempat duduk kepadanya lebih tinggi daripada engkau kerana di dunia ini tidak ada seorangpun  yang membaca selawat untukku lebih banyak daripadanya. Sesungguhnya orang muda ini setiap pagi & setiap malam membaca selawat yang beerti:
" Ya Allah, tambahkanlah kesejahteraan untuk Muhammad sebanyak bilangan orang-orang yang tidak membaca selawat untuknya. Tambahkanlah kesejahteraan untuk Muhammad sebagaimana Engkau telah memerintah kepada kami membaca selawat untuknya serta tambahkan pula kesejahteraan untuk Muhammad sebagaimana semestinya yang dibaca untuknya."
Itulah sebabnya aku dudukkan dia lebih tinggi daripada engkau wahai Abu Bakar.


8) MEMPEROLEHI PERHUBUNGAN YANG RAPAT DENGAN NABI S.A.W

Hadis yang diriwayatkan oleh sahabat Ausin r.a, katanya Nabi s.a.w bersabda:
"Perbanyakkanlah olehmu sekalian membaca selawat untukku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya selawatmu itu ditampakkan/disampaikan kepadaku.


9) MENDAPAT PELUANG MEMASUKI & MENJADI PENGHUNI SYURGA

Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Auf bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Telah datang kepadaku Malaikat Jibril & berkata:

"Hai Muhammad, tidak seorangpun yang membaca selawat untukmu kecuali (semuanya) dibacakan selawat oleh 70,000 malaikat & barangsiapa yang dibacakan selawat oleh para malaikat, maka dia tergolong ahli syurga."


10) MENGHILANGKAN KESUSAHAN

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
"Barangsiapa membaca selawat untukku tiap-tiap hari 500 kali maka dia tidak akan fakir/miskin buat selama-lamanya."


11) SENTIASA BERSAMA MALAIKAT RAHMAT

Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa yang membaca selawat  untukku kerana mengagungkan (menghormati) aku maka Allah menciptakan dari selawat itu satu malaikat yang mempunyai 2 sayap; satu sayap di timur & satu sayap di barat, sedang 2 kakinya di bawah bumi ketujuh & lehernya sampai ke Arasy & Allah berfirman kepada malaikat tersebut,
"Bacalah selawat, mohonkanlah  kesejahteraan untuk hamba-Ku ini sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku Muhammad s.a.w".
Maka Malaikat itupun membaca selawat (memohonkan kesejahteraan) untuknya sehingga hari kiamat.


12) MENGHARUMKAN BAU SESUATU MAJLIS & MENDAPAT KEBERKATAN MAJLIS

Dari Jabir bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Tiada suatu kaum yang duduk pada suatu majlis kemudian mereka bersurai tanpa membaca selawat untukku kecuali bubaran mereka itu berbau lebih busuk daripada bangkai."


13) BERKESEMPATAN MINUM DI TELAGA NABI S.A.W

Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya akan dikembalikan ke telagaku nanti pada hari kiamat suatu kaum yang aku tidak mengetahui mereka kecuali kerana mereka banyak membaca selawat untukku."


14) MENGABULKAN SEGALA HAJAT

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat sebanyak 70 yang sentiasa berjalan/bertebaran di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam daripada umatku. Apabila ada seseorang umatku yang membaca selawat untukku dalam sehari 100 kali, maka Allah mengabulkan 100 hajatnya; 70 di antara hajat itu di akhirat & 30 di dunia."


15) MENJADI SINAR (CAHAYA) PADA HARI KIAMAT

Dari Abi Hurairah r.a katanya Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa membaca selawat 100 kali untukku pada hari Jumaat, maka pada hari kiamat kelak dia datang dengan bersinar; sekiranya sinar itu dibahagi-bahagikan kepada semua makhluk nescaya mencukupi."


16) TERHINDAR DARIPADA SIFAT-SIFAT MUNAFIK

Anas r.a berkata bahawasanya Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa membaca selawat untukku sekali maka Allah memberikan kepadanya 10 selawat. Barangsiapa membaca selawat untukku 10 kali maka Allah memberikan kepadanya 100 selawat & barangsiapa membaca selawat untukku 100 kali maka Allah memcatat pada 2 matanya (baginya) 2 kebebasan;
Terhindar daripada sifat munafik & terhindar dari neraka."


17) MENDAPAT KEUTAMAAN PADA HARI KIAMAT

Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya orang yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawatnya untukku."


18) MALAIKAT MENOLONG MEMOHONKAN AMPUN DOSANYA

Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa menulis selawat untukku (menulis lafaz selawat) dalam sebuah kitab, maka para malaikat tetap memohonkan keampunan baginya selama namaku masih tertulis di dalam kitab."


19) SELAWAT MENJADI PENYAKSIAN KEPADA NABI S.A.W

Dari Ibn Umar r.a,
katanya bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Perbanyakkanlah olehmu sekalian membaca selawat untuk Nabimu kerana sesungguhnya aku (Nabimu) menyaksikan selawat itu dari kamu sekalian pada tiap-tiap hari Jumaat."





Wallahua'lam,
SOLLU 'ALA NABIYY :)

Tuesday 25 February 2014

HUKUM PEJAM MATA KETIKA SOLAT

بسم الله الرمن الرحيم


     Assalamualaikum.... Insyaallah.. hari nie sy ingin kongsikan suatu ilmu yg sy blajar pada hari nie... smoga ia b'manfaat untuk kita smua.... ;)

MUQADDIMAH

Dalam soal memejam mata ketika solat t'dapat perbezaan ijtihad oleh para ulama'. Ada sesetengah menghukumkan ia makruh . Manakala sebahagian yg lain b'pendapat ia adalah harus.

MAKRUH

 Pendokong ijtihad ini adalah antaranya ialah Imam Ahmad . Malah beberapa ulama' mazhab Shafie menyetujui dgn mngatakan p'buatan t'sebut adalah mnyerupai perbuatan yahudi. Sungguhpun begitu, hadis yg dijadikan makruh pejam mata ketika solat telah dihukum dha'if menurut Imam Al-Baihaqi.

  Tokoh ulama' yg lain seperti Imam at-Tohawi al-Hanafi mngatakan ia adalah makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam al-Kasani al-Hanafi (al-Majmuk, an-Nawawi, 3/260; Bada'i as-Sonai, 1/216). Selain itu, amalan memejam mata dilihat sebagai b'canggah dengan beberapa dalil hadith Nabi SAW seperti,...

              ''Daripada Abu Hurairah r.a b'kata bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya 
               agar membunuh 2 binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala 
               jengking'' 
(HR at-Tarmidzi, al Hakim dan Ibn Hibban)


Hadis nie memberi petunjuk bahawa perlu membuka mata ketika menunaikan solat. Ia memberikan kefahaman betapa perlunya membuka mata untk mnjaga kselamatan diri waima di dlm keadaan solat sekalipun. SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENDISIPLINKAN DIRI KITA.



Makruh tutup mata ketika solat.



Solat mendisiplinkan diri kita.


HARUS

            Ulama-ulama'  yg mndokong keharusan memejam mata ketika solat mngatakan bahawa p'buatan itu mungkin mndatangkan kekhusyukan ketika mendirikan solat.

Imam Ibn Qoyyim berkata, '' Jika membuka mata tdk mnganggu kekhusyukan ketika solat, maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yg mngatakan elok pejam adalah b'tepatan dgn prinsip dan tujuan solat b'banding pandangan yg memakruhkannnya''

           Sebagai contoh hadis yg boleh dijadikan dalil untuk mngaitkan bhwa mnjaga khusyuk lebih utama ialah drpd Anas bin Malik r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda.. ''kenapakah sebilangan kaum mengangkatkan pndangan mereka ke langit ketika solat.../??!! Kemudian sabda Baginda SAW mnjadi smakin tegas sehinggalah Baginda b'sabda lagi..''Hendaklah mereka itu berhenti drpd berbuat sedemikian atau penglihatan mereka itu akan disambar (dibutakan mata mereka)''
(HR al-Bukhari , Abu Daud dan Ibnu Majah)

        Para ulama' mengambil kesimpulan bahawa makruh menghalakan pandangan ke arah sesuatu yg boleh mnjejaskan kekhusyukan ketika solat. Umpamanya menghalakan pandngan ke arah pakaian ataupun sejadah yg memiliki tulisan, gambar dan sebagainya.



KESIMPULANNYA

  Seperkara  yg perlu kita ketahui, belum diketemui sebarang dalil khusus yg mnunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata ketika mndirikan solat. Sungguhpun begitu , intipati khusyuk di dalam solat selalu Nabi SAW tekankan. JADI........, tiada ada kata muktamad dlm hal ini,.Hukumnya adalah b'beza mngikut keadaan seseorg. Justeru, harus pejam mata jika keadaan disekeliling benar-benar diyakini selamat, p'buatan pejam mata itu dapat menambah kekhusyukan serta mngekang drpd gangguan pandangan yg boleh merosakkan kekhusyukan. Selain drpd keadaan t'sebut , solat dgn MEMBUKA MATA dan memandang tmpat sujud adalah yg lebih utama..

Wallahu'alam........

Monday 24 February 2014

AMMAR GENERATION

بسم الله الرحمن الرحيم

SIAPA AMMAR?

Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.

Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.

Ahmad Ammar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Beliau dilanggar oleh sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul pada hari Sabtu 2 November 2013.

Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana



TALK BERSAMA BAPA ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR (TUAN HJ. AHMAD AZAM)

Perkongsian ayah Ammar amat menarik dan menyentuh hati. Bukan kerana faktor emosional semata, namun dilihat pada tekad dan wawasan yang diletakkan ayahnya pada Ahmad Ammar ketika umurnya 15 tahun. Satu wawasan ummatik ditanam padu dalam hati Ammar. “Kamu mesti mempunyai ummatik vision.” Kata ayah Ammar, Tuan Hj. Ahmad Azam.

Seterusnya, visi lain yang ditanam adalah supaya anaknya ini mempunyai saham dalam agenda membangkitkan ummat. Ayahnya percaya bahawa sesiapa menguasai Instanbul akan menguasai dunia! Ummat Islam tidak akan kuat selagi tidak mengusai dunia, atas dasar inilah, dihantar anaknya ini ke Turki bagi mendalami ilmu sejarah Uthmaniah sebagai batu asas dalam diri. Diceritakan, ayahnya akan membawa Ammar pada setiap kali syarahannya. Pada akhir sesi Ammar akan ditanya tentang apa yang beliau faham dan Ammar mampu menghuraikannya.

Tarbiyah ‘aqliyah yang diberi sangat sistematik dan tersusun sehinggakan mampu melahirkan seorang insan yang berjiwa ummatik. Kata ibunya, semua ini berpunca daripada semenjak pemilihan pasangan lagi. Disyaratkan ayahnya kepada ibunya sebelum berkahwin dengan ayahnya sekarang bahawa perkahwinan itu adalah untuk ummat dan ayahnya (suami) adalah juga untuk ummat.Lantas dengan itu, wawasan tercapai! Sungguh ummat amat rindu dengan pemergian Ammar.

Jika hendak dihuraikan dan bercerita, sangat banyak pengajaran dan jalan cerita yang diceritakan. Terutamanya berkenaan dengan peribadi Ammar dan perwatakannya. Mudah sekali ibunya mengasuh anak ini. Allah telah menyusun cantik.

Pemergian beliau satu dakwah. Pemergian beliau satu kerinduan. Pemergian beliau membina generasi.





Sebelum umur 15 tahun adalah umur bagi meletakkan asas. Seterusnya adalah aplikasinya, itulah yang saya faham apa yang dihuraikan oleh ibu Ammar. Antara diceritakan juga, Ammar telah disunatkan tiga hari selepas dilahirkan. Ya, tiada nas atau dalil meyuruh sedemikian. Namun, mereka suami isteri percaya bahawa Amamr akan cepat matang, dan sungguh! Kadang-kandang ibunya amat risau dengan perkembangan Ammar yang tidak seperti anak-anak lain yang tawa ceria oleh kerana matang sebelum usia. Gelak Ammar menjadi satu bualan, kerana beliau amat pendiam. Ini bukanlah hal negatif, bahkan satu perkara positif.

Dididik dengan membaca sejak kecil, itu antara tarbiyah intelek yang diberi sejak kecil. Meskipun demikian, bukanlah satu kepelikan berkenaan cara didikan ini dan matangnya beliau sebelum usia, Ammar juga minat bermain takraw, juga ada hobinya tersendiri. Aspek ini tiada bezanya dengan remaja lain. Pada saya, yang membezakannya dengan anak muda lain, adalah wawasannya, tindak tanduknya mencapai wawasan dan akhlaknya dalam menggarap impian. Dek kerana dididik membaca berkenaan cendiakawan Islam, dikatakan Ammar meminati sejarah sejak kecil. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, kita adalah apa yang kita baca. Ingin sekali saya bertanya apa bahan bacaan Ammar, namun kelihatan waktu yang hampir lewat, tiada orang lain yang ingin bertanya, saya risau tindakan saya bertanya melewatkan lagi pengakhiran program. Tidak mengapa, pasti ada peluang lain. Dunia tanpa sempadan.

Ammar dihantar ke RMC (Royal Malay College) atau Maktab Tentera Diraja (MTD). Disinilah persetujuan bersama ibu dan ayahnya bagi memberi pendidikan disiplin. Worlview ibu dan ayahnya terhadap RMC berbeza dengan segenap masyarakat yang menganggap bahawa RMC adalah tempat membuli. Kita adalah apa yang kita percaya. Kepercayaan dan niat ibu ayah Ammar didorong dengan bantuan Allah, Ammar mampu menghadapi dua tahun di RMC dan mendapat kedua terbaik dalam SPM 2010. Biarpun begitu, itu bukanlah pengakhiran, bahkan sebenarnya itulah satu permulaan. Selepas itu, tawaran demi tawaran ditolak demi menghantar Sang Syahid ini ke bumi Turki, lantas mekar disana jasadnya dan ruh perjuangannya hidup melata dipelosok dunia, nescaya terkabullah impian Ammar untuk merantau dan menyebarkan pelajaran daripada risalah An Nur karangan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi. Selamat bertemu bidadari duhai Ammar!

Ramai yang berazam ingin mencontohi Ammar, bertindaklah, berwawasanlah dan bertawakkallah! Sekian.

Ammar tidak terlepas daripada beberapa pendidikan/tarbiyah wajib semenjak daripada kelahirannya sehingga perginya:
  • Tarbiyah rohaniah
  • Tarbiyah jasadiah
  • Tarbiyah 'aqliyah
  • Tarbiyah akhlaqiah
# Ayuh anak muda! Susuli AMMAR!!


Ammar, you are the real HERO.


Wallahua'lam,
Al-fatihah.

BELAJARLAH BIARPUN DALAM KEHINAAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Ambillah hikmah meskipun dari cubitan kehinaan


Suatu hari, sekumpulan perompak memecah masuk sebuah rumah ilmuwan di kota raya. Hampir kesemua barang-barang & harta-harta mewah di kebas sekumpulan perompak tersebut.

Tuan Rumah: "Ambillah engkau apa sahaja yang ada di dalam rumah ini. Kecuali dua benda. Nyawa & buku-buku aku."

Perompak: Perompak hairan. Dia bertanya.
"Bukan ke harta-harta dengan buku-buku kau tu, bila dibandingkan maka harta yang lebih berharga?

Tuan Rumah: "Itu bagi kau. Bagi seorang perompak maka harta yang lebih berharga. Tetapi tidak bagi aku, seorang ilmuwan. Aku lebih berilmu berbanding kau. Kalau harta yang kau rompak, aku boleh cari lagi. Tetapi bila buku aku yang kau rompak, bagaimana aku nak rujuk balik?

Perompak: "Hmm, bukankah kalau benar orang itu berilmu, ilmunya ada di dada & bukannya semata-mata di dalam buku? Sememangnya aku tidak tahu sebab aku bukan ilmuwan, tidak berilmu. Jika ilmu hanya dibuku, maksudnya ilmu tu dapat diaplikasikan bila kau ada kat depan buku je la ye?"

Siapa yang makan lada, confirm dia yang terasa pijarnya ;)



***
Terbaik di mata manusia tidak semestinya terbaik di 'mata' Allah & terbaik di 'mata' Allah adalah semestinya terbaik untuk kita dunia akhirat. Confirm!
Konklusinya, buat sehabis baik Lillahitaala sebab grade di 'mata' Allah yang perlu kita kejar hanya,
REDHA ALLAH.
Berbanding grade dunia,
ada A+, A-, B+, B-, C+, C-, D+, D-, F
Banyak kan?
Teruskan untuk
USAHA DOA TAWAKKAL ツ

Takpe. Biarpun orang tak nampak apa kita buat, Allah tak pernah bosan untuk tenung kita.
Bergantunglah pada yang tidak pernah mati,
pada yang tidak pernah bosan dengan kerenah kita,
pada yang tidak pernah penat penuhi permintaan kita,
pada yang tidak pernah merungut bila kita membebel,
pada yang tidak pernah malas dengan luahan hati kita,
pada yang tidak pernah mengata kita,
pada yang tidak pernah mengantuk arrange hidup kita.
Yang tidak ada selain Dia, hanya Allah tempat kita berpaut & bertaut.


***

Allah yusahhil.
Positive mind comes from positive emotion & positive emotion comes from positive mind.
Be a positive thinker. Don't forget to spread positive emotions to the others in order to get positive life.