بسم الله الرحمن الرحيم
SIAPA AMMAR?
Beliau seorang rakyat Malaysia yang belajar di Turki. Beliau berusia 20 tahun adalah seorang pelajar yang cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki. Ahmad Ammar seorang ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang aktif dan bapanya Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman merupakan Presiden ABIM untuk tahun 1997-2005.
Di Turki, beliau sangat disenangi dan dihormati orang ramai kerana di usia yang muda, beliau banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Beliau juga banyak mengikuti pelbagai misi kemanusiaan seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam juga sangat disenangi kerana mempunyai budi pekerti yang baik, rajin, berdisiplin dan beliau juga dihormati rajin berdakwah untuk perjuangan Islam.
Ahmad Ammar telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Beliau dilanggar oleh sebuah ambulan ketika melintas jalan di Istanbul pada hari Sabtu 2 November 2013.
Beliau sangat dihormati di Turki, Allahyarham Ahmad Ammar disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul dan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn di mana tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana
Wallahua'lam,
TALK BERSAMA BAPA ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR (TUAN HJ. AHMAD AZAM)
Perkongsian ayah Ammar amat menarik dan menyentuh hati. Bukan kerana faktor emosional semata, namun dilihat pada tekad dan wawasan yang diletakkan ayahnya pada Ahmad Ammar ketika umurnya 15 tahun. Satu wawasan ummatik ditanam padu dalam hati Ammar. “Kamu mesti mempunyai ummatik vision.” Kata ayah Ammar, Tuan Hj. Ahmad Azam.
Seterusnya, visi lain yang ditanam adalah supaya anaknya ini mempunyai saham dalam agenda membangkitkan ummat. Ayahnya percaya bahawa sesiapa menguasai Instanbul akan menguasai dunia! Ummat Islam tidak akan kuat selagi tidak mengusai dunia, atas dasar inilah, dihantar anaknya ini ke Turki bagi mendalami ilmu sejarah Uthmaniah sebagai batu asas dalam diri. Diceritakan, ayahnya akan membawa Ammar pada setiap kali syarahannya. Pada akhir sesi Ammar akan ditanya tentang apa yang beliau faham dan Ammar mampu menghuraikannya.
Tarbiyah ‘aqliyah yang diberi sangat sistematik dan tersusun sehinggakan mampu melahirkan seorang insan yang berjiwa ummatik. Kata ibunya, semua ini berpunca daripada semenjak pemilihan pasangan lagi. Disyaratkan ayahnya kepada ibunya sebelum berkahwin dengan ayahnya sekarang bahawa perkahwinan itu adalah untuk ummat dan ayahnya (suami) adalah juga untuk ummat.Lantas dengan itu, wawasan tercapai! Sungguh ummat amat rindu dengan pemergian Ammar.
Jika hendak dihuraikan dan bercerita, sangat banyak pengajaran dan jalan cerita yang diceritakan. Terutamanya berkenaan dengan peribadi Ammar dan perwatakannya. Mudah sekali ibunya mengasuh anak ini. Allah telah menyusun cantik.
Pemergian beliau satu dakwah. Pemergian beliau satu kerinduan. Pemergian beliau membina generasi.
Sebelum umur 15 tahun adalah umur bagi meletakkan asas. Seterusnya adalah aplikasinya, itulah yang saya faham apa yang dihuraikan oleh ibu Ammar. Antara diceritakan juga, Ammar telah disunatkan tiga hari selepas dilahirkan. Ya, tiada nas atau dalil meyuruh sedemikian. Namun, mereka suami isteri percaya bahawa Amamr akan cepat matang, dan sungguh! Kadang-kandang ibunya amat risau dengan perkembangan Ammar yang tidak seperti anak-anak lain yang tawa ceria oleh kerana matang sebelum usia. Gelak Ammar menjadi satu bualan, kerana beliau amat pendiam. Ini bukanlah hal negatif, bahkan satu perkara positif.
Dididik dengan membaca sejak kecil, itu antara tarbiyah intelek yang diberi sejak kecil. Meskipun demikian, bukanlah satu kepelikan berkenaan cara didikan ini dan matangnya beliau sebelum usia, Ammar juga minat bermain takraw, juga ada hobinya tersendiri. Aspek ini tiada bezanya dengan remaja lain. Pada saya, yang membezakannya dengan anak muda lain, adalah wawasannya, tindak tanduknya mencapai wawasan dan akhlaknya dalam menggarap impian. Dek kerana dididik membaca berkenaan cendiakawan Islam, dikatakan Ammar meminati sejarah sejak kecil. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, kita adalah apa yang kita baca. Ingin sekali saya bertanya apa bahan bacaan Ammar, namun kelihatan waktu yang hampir lewat, tiada orang lain yang ingin bertanya, saya risau tindakan saya bertanya melewatkan lagi pengakhiran program. Tidak mengapa, pasti ada peluang lain. Dunia tanpa sempadan.
Ammar dihantar ke RMC (Royal Malay College) atau Maktab Tentera Diraja (MTD). Disinilah persetujuan bersama ibu dan ayahnya bagi memberi pendidikan disiplin. Worlview ibu dan ayahnya terhadap RMC berbeza dengan segenap masyarakat yang menganggap bahawa RMC adalah tempat membuli. Kita adalah apa yang kita percaya. Kepercayaan dan niat ibu ayah Ammar didorong dengan bantuan Allah, Ammar mampu menghadapi dua tahun di RMC dan mendapat kedua terbaik dalam SPM 2010. Biarpun begitu, itu bukanlah pengakhiran, bahkan sebenarnya itulah satu permulaan. Selepas itu, tawaran demi tawaran ditolak demi menghantar Sang Syahid ini ke bumi Turki, lantas mekar disana jasadnya dan ruh perjuangannya hidup melata dipelosok dunia, nescaya terkabullah impian Ammar untuk merantau dan menyebarkan pelajaran daripada risalah An Nur karangan Ustaz Bediuzzaman Said Nursi. Selamat bertemu bidadari duhai Ammar!
Ramai yang berazam ingin mencontohi Ammar, bertindaklah, berwawasanlah dan bertawakkallah! Sekian.
Ammar tidak terlepas daripada beberapa pendidikan/tarbiyah wajib semenjak daripada kelahirannya sehingga perginya:
- Tarbiyah rohaniah
- Tarbiyah jasadiah
- Tarbiyah 'aqliyah
- Tarbiyah akhlaqiah
# Ayuh anak muda! Susuli AMMAR!!
Ammar, you are the real HERO. |
Al-fatihah.
0 comments:
Post a Comment