بسم الله الرمن الرحيم
MUQADDIMAH
Dalam soal memejam mata ketika solat t'dapat perbezaan ijtihad oleh para ulama'. Ada sesetengah menghukumkan ia makruh . Manakala sebahagian yg lain b'pendapat ia adalah harus.
MAKRUH
Pendokong ijtihad ini adalah antaranya ialah Imam Ahmad . Malah beberapa ulama' mazhab Shafie menyetujui dgn mngatakan p'buatan t'sebut adalah mnyerupai perbuatan yahudi. Sungguhpun begitu, hadis yg dijadikan makruh pejam mata ketika solat telah dihukum dha'if menurut Imam Al-Baihaqi.
Tokoh ulama' yg lain seperti Imam at-Tohawi al-Hanafi mngatakan ia adalah makruh. Demikian juga ditegaskan oleh Imam al-Kasani al-Hanafi (al-Majmuk, an-Nawawi, 3/260; Bada'i as-Sonai, 1/216). Selain itu, amalan memejam mata dilihat sebagai b'canggah dengan beberapa dalil hadith Nabi SAW seperti,...
''Daripada Abu Hurairah r.a b'kata bahawa Rasulullah SAW mengarahkannya
agar membunuh 2 binatang hitam walaupun semasa solat, iaitu ular dan kala
jengking''
(HR at-Tarmidzi, al Hakim dan Ibn Hibban)
Makruh tutup mata ketika solat. |
Solat mendisiplinkan diri kita. |
Ulama-ulama' yg mndokong keharusan memejam mata ketika solat mngatakan bahawa p'buatan itu mungkin mndatangkan kekhusyukan ketika mendirikan solat.
Imam Ibn Qoyyim berkata, '' Jika membuka mata tdk mnganggu kekhusyukan ketika solat, maka ia lebih elok dari pejam. Dan pandangan yg mngatakan elok pejam adalah b'tepatan dgn prinsip dan tujuan solat b'banding pandangan yg memakruhkannnya''
Sebagai contoh hadis yg boleh dijadikan dalil untuk mngaitkan bhwa mnjaga khusyuk lebih utama ialah drpd Anas bin Malik r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda.. ''kenapakah sebilangan kaum mengangkatkan pndangan mereka ke langit ketika solat.../??!! Kemudian sabda Baginda SAW mnjadi smakin tegas sehinggalah Baginda b'sabda lagi..''Hendaklah mereka itu berhenti drpd berbuat sedemikian atau penglihatan mereka itu akan disambar (dibutakan mata mereka)''
(HR al-Bukhari , Abu Daud dan Ibnu Majah)
Para ulama' mengambil kesimpulan bahawa makruh menghalakan pandangan ke arah sesuatu yg boleh mnjejaskan kekhusyukan ketika solat. Umpamanya menghalakan pandngan ke arah pakaian ataupun sejadah yg memiliki tulisan, gambar dan sebagainya.
KESIMPULANNYA
Seperkara yg perlu kita ketahui, belum diketemui sebarang dalil khusus yg mnunjukkan Nabi SAW pernah menutup mata ketika mndirikan solat. Sungguhpun begitu , intipati khusyuk di dalam solat selalu Nabi SAW tekankan. JADI........, tiada ada kata muktamad dlm hal ini,.Hukumnya adalah b'beza mngikut keadaan seseorg. Justeru, harus pejam mata jika keadaan disekeliling benar-benar diyakini selamat, p'buatan pejam mata itu dapat menambah kekhusyukan serta mngekang drpd gangguan pandangan yg boleh merosakkan kekhusyukan. Selain drpd keadaan t'sebut , solat dgn MEMBUKA MATA dan memandang tmpat sujud adalah yg lebih utama..
Wallahu'alam........
0 comments:
Post a Comment